I’m back with my latest updates!!!!
April 17th, 2007 by nuraexclusiveAlooha…Alhamdulillah,dapat jugak aku curi2 masa untuk compose a new post.Aku agak ramai dah tau yg aku dah selamat melahirkan puteri sulungku,yg bernama Dayini(yg bermaksud patuh dan taat),pada 5hb March 07 lalu.Dan syukur ke hadrat Illahi juga kerana aku sekeluarga telah selamat mengadakan majlis cukur rambut Dayini pada 6hb April 07 lalu.
Sekejap rasanye masa berlalu…teringat peristiwa yang membuat aku panik,takut dan ghairah.Nak tau peristiwa apa?Ketika itu,aku sedang menjamah pulut serunding dan minum air soya bean di tempat aku bertugas..tiba2 terasa mual di tekak dan apa lagi,kelam kabut aku berlari ke tandas..Teman2ku yang lain sibuk mengusikku.."Lain mcm je ..dah ada ke??"Pertanyaan mereka itu membuat aku tertanya2.."Betul ke aku dah mengandung??"Dan setelah membuat pemeriksaan rapi,maka sahlah aku mengandung 6 minggu..
Bulan berganti bulan adn memang tk dapat dinafikan betapa payahnya utk bergerak ketika mengandung..Semua pergerakan aku terbatas.Tapi yang paling seronok ialah layanan orang sekelilingku termasuk kawan2 kerjeku,ahli keluarga dan suamiku. Aku sangat2 dimanjakan terutama sekali oleh suamiku. Namakan apa je yg hendak dimakan..pasti dibelinya.Nak buat kerja rumah pun dilarang.Nak cuci toilet tak boleh,nak mop pun tak boleh..Semuanyaakan dilakukan oleh suamiku. Mama aku pun tak kurang memanjakan aku.Segala makanan yg aku idamkan,akan dia masak..Pendek kata,pengalaman hamil 9 bulan ini sungguh seronok sekali.
Sepanjang 9 bulan mengandungkan Dayini,alhamdulillah aku mampu melaksanakan perintah Allah swt.Pada bulan Ramadhan tahun lalu,aku telah berjaya berpuasa terus selama sebulan dan mengerjakan solat lima waktu berdiri sepanjang mengandung 9 bulan..Sememangnya aku bersyukur dengan kekuatan yg telah dianugerahkan kepadaku oleh Allah swt.
Tetapi malangnya,pada 2hb March ketika aku membuat pemeriksaan di hospital buat kali terakhir,doktor mengesahkan bahawa anak aku berada di dalam keadaan songsang(breech position) dan aku terpaksa dibedah(Elective Caesarean).Aku menangis terisak2 di depan doktor.Sedih kerana tk dapat merasai bagaimana melahirkan secara normal. Doktor menetapkan 5hb March untuk aku datang ke hospital untuk dibedah.Hanya Allah saje yang tau bagaimana perasaan aku selepas itu.Perasaan takut yang teramat sangat menyelubungiku hingga terbawak2 ke mimpi.
Tiba hari yang dinantikan..5hb March.Tak sabar rasa ketika itu kerana aku bakal melihat anakku dalam masa terdekat nanti.Aku tiba di hospital pada pukul 9.45 pagi. Mama(yg tak sudah2 menyuruh aku berdoa dan ingat Allah) dan suamiku berada di sisi sewaktu aku disorong ke Operation Theatre pada pukul 12tgh hari.Aku kemudian dikejutkan pada pukul 2.30ptg dan sejurus selepas itu,aku merasai pedih yang teramat sangat di perutku..Sakit yang tk dapat aku luahkan..Sehingga terpaksa aku meminta 2nd dose of the painkiller.Dalam waktu yang sama,aku gembira sangat kerana telah selamat melahirkan dan tak sabar utk melihat putriku.Keluarnya aku dari Operation Theatre itu,aku dapat melihat wajah gembira mama dan suamiku. Mereka mendescribekan rupa anak ku..Itu yg buat aku tk sabar untuk melihat dia.Bila anakku disorong ke wad,alangkah riang hati ku melihat kecomelan Dayini.Dia dilahirkan dengan berat badan 2.955kg dengan panjang 47cm pada pukul 12.26tgh hari.
Sekarang Dayini sudah berumur sebulan lebih dan aku tak sabar untuk melalui hari2 yang mendatang bersama anak kesayangan ku ini.Tiba masanya untuk aku beredar sekarang..Dayini dah bangun dari tido. Kita berjumpa lagi di dalam post yang seterusnya ok..BUBYE…